lagu sksr
">
Rabu, 18 Mei 2016
Isnin, 16 Mei 2016
Selasa, 10 Mei 2016
Isnin, 9 Mei 2016
Sejarah SK Sungai Raya
Bangunan asal sekolah ini didirikan di Sungai Terap, Muar pada tahun 1910 yang diberi nama Sekolah Melayu Sungai Terap, Muar. Bangunan berupa bangsal atap dan lantai papan mengandungi 4 bilik darjah.
Pada tahun 1925 bangunan tersebut telah dipindahkan ke Sungai Raya, Muar (tempat sekarang) di atas sebidang tanah luas 2 ekar or 11 pol. Ditukar nama Sekolah Melayu Sungai Raya, Muar. Bangunan sekolah ini panjangnya 140 kaki lebar 30 kaki. Tiada bilik-bilik tetapi dipisahkan antara satu darjah ke satu darjah dengan skrin.
Selain itu ada 2 blok bangunan yang telah dibina pada tahun 1963 iaitu Sekolah Inggeris Sungai Raya. Bangunan ini telah diserahkan kepada sekolah ini apabila sekolah tersebut berpindah ke bangunan baru di Bukit Pasir, Muar. (Sekarang SK Sri Bukit Pasir)
Pada tahun 1979 sekolah ini telah mendapat peruntukan sebuah kantin. Pada tahun 1984 sebuah bangunan baru dua tingkat telah dibina. Ianya mengandungi 2 buah bilik darjah, sebuah pejabat, stor, bilik tayangan, perpustakaan, bilik guru dan 3 bilik air.Jadi semua sekali bilik darjah ada 6 termasuk 2 bilik darjah yang siap pada tahun 1984
Mulai tahun 2003 Sekolah Kebangsaan Sungai Raya telah mendapat bangunan baru iaitu sebuah Makmal Komputer dan sebuah Bilik Prasekolah. Ini kerana mulai tahun 2003 Sekolah Kebangsaan Sungai Raya telah mewujudkan kelas untuk murid-murid berumur 5 dan 6 tahun yang dipanggil Kelas Prasekolah.. Seramai 25 orang murid telah diterima sebagai kumpulan pertama untuk kelas Prasekolah
Pada tahun 2004, sekolah Sungai Raya telah melalui proses penambahbaikan segala infrastruktur. Penambahbaikan ini telah banyak membantu keselesaan dan keceriaan sekolah. Sekolah Sungai Raya juga telah mendapat peruntukan tambahan untuk menceriakan kawasan sekolah. Ianya adalah seperti pembinaan garaj kereta, penurapan Dataran Sedar dan mengecat pagar sekolah.
Mulai tahun 2012, Sekolah Kebangsaan Sungai Raya telah mendapat bangunan baru iaitu dua buah blok empat tingkat yang bernilai RM8 juta. Di blok baharu tersebut ada dilengkapi bilik-bilik khas seperti ruang Pejabat Pentakdbiran, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, tujuh buah bilik darjah, Bilik SAL, Bilik Kaunseling, Galeri Sejarah, Bilik Pengawas, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik J-Qaf, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Muzik, Bilik Pengurusan Sukan, Bilik Keselamatan, Bilik Peperiksaan, Bilik SPBT, Kedai Buku, Bilik Kesihatan, Bilik Pemulihan, Kantin Guru dan Kantin Murid.
Pada tahun 2015, SK Sungai Raya telah menerima sebuah dewan lengkap dengan laluan berbumbung. Dewan ini di gunakan untuk aktiviti di luar bilik darjah.
Langgan:
Catatan (Atom)